Saturday 9 January 2016

AEON Big di Falim, Perak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

AEON Big dah di buka kepada orang ramai lebih kurang 3 minggu lepas. Semalam baru kita berkesempatan singgah ke sana. Harap-harap ada benda baru & menarik di sana. 

AEON Big di Falim

Kami gerak dari rumah dalam jam 6.00 petang. Dari rumah kita ke AEON Big ni lebih kurang 10 ~ 15 minit je, tak jauh pun. Excited kot bila husband ajak ke AEON Big ni sebabnya kita memang suka sangat berjalan-jalan ni. Lebih-lebih lagi tempat tu ada DAISO...hehehehehe...

Selamat datang ke AEON Big Falim

Tempat pertama kami singgah adalah tempat daftar kad ahli AEON Big. Mulanya malas nak sign in tapi alang-alang benda percuma so sign in ajelah. Tapi atas nama husband kita lah sebab kita dah ada kad ahli AEON. Malas nak simpan kad banyak-banyak.

Kad ahli AEON Big

Kemudian kami berjalan-jalan dari tingkat atas sampai ke tingkat bawah balik. Sempat la masuk ke tempat barang-barang elektrik. Sebab plan tahun ni nak beli 1 barang elektrik ni. Tapi still dalam proses survey harga lagi.
Lepas solat Maghrib, kami sempat singgah ke DAISO. Jamu mata dengan barang-barang cute-cute tu. Ada la sambar 2,3 barang sikit. Kebetulan nampak depan mata kan. Janji barang tu memang nak di gunakan.
Jom kita share antara gambar kedai yang ada dalam Aeon Big Falim.

MR. D.I.Y

Born R Bread

POPULAR

DAISO

Food Court

Toilet... (^_^)

Toilet di AEON Big memang selesa & besar. Sesuai la dengan nama AEON Big kan? Kita suka la susun atur dalam toilet ni. Cantik...
Bilik solat pun besar. Tapi still dalam proses lagi sebabnya dinding tak bercat dan tak di kemaskan betul-betul. Insya Allah lepas ni lengkaplah bilik solat tu sebaiknya..

Ada lagi kedai-kedai yang dah mula beroperasi. Tapi banyak juga la yang still dalam renovation. Still tak complete lagi. Terasa kosong la sikit. Sebabnya AEON Big Falim ni memang agak besar, so bila banyak kedai tak buka lagi so kita rasa macam tak puas sikit nak berjalan-jalan. Maybe lepas sebulan dua ni baru meriah AEON Big ni kot...






Ini pula masa untuk bergaya & bergambar! Banyak juga tempat-tempat yang menarik untuk di jadikan tempat bergaya pada yang suka bergambar macam kita ni. Sempoi lah!!! Kita suka!!! hehehehehe...

Insya Allah maybe lepas ni kita singgah lagi ke AEON Big ni. Nak tengok gak apa progress dari sekarang. Kalau still banyak yang kosong, rasa tak best juga nak round-round. Dah penuh kedai nanti seronok lah sikit... Then kita pun boleh update lagi kan (^_^)

Okeylah, kita tunggu je apa progress AEON Big Falim ni...
Insya Allah kita jumpa lagi di entry akan datang..

6 comments:

  1. Wiken ni boleh g melawat aeon big falim 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe...besar sgt tp byk lg kedai yg ngah renovate...

      Delete
  2. betul tu... Bila banyak kedai yg belum beroperasi lagi memang x best nak jalan.. Rasa cam kosong jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju! nak tgg akhir bulan 2 pula nnt..insya Allah br g sana balik kot

      Delete
  3. baru buka syok berjalan hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg syok tapi still banyak kedai tak bukak lg...
      rasa kosong sikit

      Delete

Terima kasih sudi komen di sini...
Insya Allah sepantasnya kita Blogwalking ke Blog awk pula...
Thanks a lot!