Sunday, 27 March 2016

Restoran Shabu-Shabu & Stimbot

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Semua tertanya-tanya, mana gerangannya owner Blog ni sebab lama sangat menyepi. Alhamdulillah, kita busy sikit dengan tugas utama kita. So, kadang-kala nak curi masa untuk blogging tu terhad sedikit. Tapi hari ni di buka rezeki untuk kita update Blog untuk di share kepada semua sahabat blogger & pembaca sekalian.

Hari ni kita nak share berkaitan dengan tempat port makan yang berbaloi untuk di lawati di Ipoh, Perak ni. Maybe dah ramai yang singgah di sana tapi kita percaya still ada yang masih belum tahu dan mencuba!


RESTORAN SHABU-SHABU & STIMBOT

Alamat :-
No.14, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah,
30250 Ipoh, Perak

Telefon (booking) :-
05-241 3555


Waktu Operasi : 6.00 pm - 11.30 pm

Harga :-
Dewasa : RM 35.00/nett
Kanak-kanak : RM 18.00/nett
Warga Emas : RM 28.00/nett

Kami dah beberapa kali makan di Restoran Shabu-Shabu Stimbot ni. Konsep restoran ni, dengan harga RM35.00 tu, korang boleh makan sebanyak mana korang suka!!! Memang tiada terhad... Kalau menu yang di sediakan habis, jangan risau sebab mereka akan topup balik & korang boleh sambung makan lagi hingga muntah! hehehehhe..

Bagi yang beragama islam pula jangan risau sebab kemudahan tempat solat memang di sediakan. Kemudahan kain sembahyang bagi wanita juga di sediakan. Tapi kalau korang nak bawa kain sembahyang sendiri pun lebih baik...















Memang banyak sangat pilihan makanan daripada yang di grill, stimbot dan juga goreng-goreng. Ulam-ulaman pun ada... Buah? Dessert? confirm la ada juga... Korang boleh makan semua tu dengan harga yang telah di offer oleh restoran ini.

Kadang kadang korang kena booking dulu tau sebab selalunya restoran mereka FULL HOUSE!!!! Itulah gunanya information yang kami share ni... So, kalau korang ada kelapangan ataupun nak buat apa-apa event juga boleh contact mereka..

RESTORAN SHABU-SHABU & STIMBOT

Alamat :-
No.14, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah,
30250 Ipoh, Perak

Telefon (booking) :-
05-241 3555


Waktu Operasi : 6.00 pm - 11.30 pm

Harga :-
Dewasa : RM 35.00/nett
Kanak-kanak : RM 18.00/nett
Warga Emas : RM 28.00/nett

Terima kasih sudi singgah & baca entry kita kali ini...
Insya Allah kita akan cuba lebih kerap update entry dalam Blog ni...
Terima kasih juga pada blogger yang selalu BW di Blog kita ni...

16 comments:

  1. ipoh perak? wa. kena pergi cuba bila balik sana nanti. harga pun masih mampu makan ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. datang perak nanti jangan lupe singgah tau

      Delete
  2. Banyaknya terbaca entry pasal makanan malam niiih ... Teringin nak makan steamboat. Dh lama xmkn .. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi...terus jalan-jalan cari makan...hehehehe

      Delete
  3. rumah tradisional perak tu ... cantik lampu syiling tu ... sgt byk pilihan . mau rambang mata mkn kat situ . klu saya , membazir mkn steamboat ni sebb perut kecik ... huhuhuuu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah tapi cuba sekali sekala pun berbaloi...yg penting bawak sekali family @ kawan yang 'perut besar'...

      Delete
  4. Banyaknya pilihan kat restoran ni :)

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. tengoklah sape yang owner entry...hehehehe

      Delete
  6. Besarnya tempat dia!!! :o Selalu tengok orang review..

    ReplyDelete
    Replies
    1. besar & selesa..
      tempat solat pun selesa...

      Delete

Terima kasih sudi komen di sini...
Insya Allah sepantasnya kita Blogwalking ke Blog awk pula...
Thanks a lot!