Sunday 31 July 2016

Tabik SPRING kat Bro ni!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Pepagi hari ni ada peluang sikit untuk online. Sempatlah scrool Facebook kejap. Then dapat satu info yang sesuai & patut kita share bersama.


Mari kita bantu abang ni..

Beliau seorang OKU yang mencari rezeki dengan menghasilkan sendiri barang-barang kraftangan. Dalam gambar ini ada carrier kucing (atau untuk haiwan2 kecil) yang sangat unik dan cantik hasil tangan beliau.

Bagi yang duduk belah utara boleh dapatkan terus dengan beliau. Kalau nak order online cuba PM beliau di akaun FB berikut:
https://www.facebook.com/ismarizal.chepee.7

Kami yakin barangan rotan ni bermutu tinggi & lebih berkualiti. Kalau korang berminat untuk membuat tempahan, boleh terus contact brother ni. Sambil-sambil kita membeli, sambil-sambil kita menyumbang & membantu brother ni agar dia terus Berjaya sebagai salah seorang usahawan OKU yang Berjaya...
Amin...

Wednesday 27 July 2016

Sorry...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...


Kami nak minta maaf kepada semua kengkawan & followers Blog ni sebab sudah agak lama kami menyepi... Memang langsung tak sempat nak online sebab ayah mertua & ibu mertua kami kini berada di Institut Jantung Negara.

Insya Allah, dari masa ke semasa kami akan cuba untuk online & update serta share dengan korang apa-apa yang berinformasi untuk korang dan kami juga. Insya Allah juga kami akan share pengalaman kami sepanjang berada, berpuasa & beraya di Institut Jantung Negara... Insya Allah...

Hingga kita jumpa lagi nanti...
Tolong doa-doa kan yang terbaik buat kami...
Di permudahkan & di permurahkan segala urusan... Amin..