Thursday 8 September 2016

Salam Aidiladha

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...


Selamat Menyambut Hari Raya 
Aidiladha...

Kepada semua sahabat & keluarga kami
Dan juga yang mengenali kami...

Kepada yang balik kampung tu, jangan lupa dahului dengan membaca AlFatihah, Ayat Qursi & 2 Kalimah Syahadah serta membaca doa naik kenderaan... Semoga sepanjang perjalanan kita semua dipelihara, dijaga serta di lindungi olehNya.. Amin...

Saturday 3 September 2016

Nasi Ayam CASPER

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, di beri oleh-Nya rezeki & peluang untuk kita update Blog ni lagi. Kita hari ni nak share port makan BEST kat area Kota Bharu, Kelantan. 
Sebenarnya tempat ni secara kebetulan kita satu family singgah pada Hari Raya Aidilfitri yang lepas. Ni dah nak masuk Hari Raya Aidiladha kan tapi no hal... Yang penting kita nak share dengan korang semua kalau korang ada singgah ataupun holiday kat Kota Bharu, Kelantan so ini adalah antara tempat makan NASI AYAM yang best kami suggest korang singgah & nikmati sendiri!!!


NASI AYAM CASPER
Alamat :-
Lot 524 T/B Lembah Sireh,
15050 Kota Bharu, Kelantan.
(Lot Kedai berdepan dengan Tesco Kota Bharu)

Telefon : 014-509 6298


NASI AYAM CASPER ni memang sebelah je dengan Tesco Kota Bharu. Kalau korang dapat jumpa Tesco Kota Bharu, maknanya korang memang dah dekat sangat dengan Restoran NASI AYAM CASPER ni.


Tengokkk!!! Gambar kami 1 family pun dah viral (chewah...! Viral la sangat!!) dalam facebook NASI AYAM CASPER... Time ni memang senyum lebar la... 1st time datang & memang 1st class!!





Seronok sangat dapat makan nasi ayam BEST sampaikan terlupa nak ambil gambar lebih sikit untuk masukkan dalam Blog ni. Just 4 keping gambar ni je yang sempat! Licin terus pinggan. Kalau ikutkan owner NASI AYAM CASPER tak payah susah-susah basuh pinggan tu. Memang licin terus!!!
Apa yang kita suka kat NASI AYAM CASPER ni??? 
  • Nasi lembut & tidak berminyak.
  • Sup tu memang best!
  • Sambal !!! The WINNER!!! Pedas...masyukkk!!! dan boleh tambah lagi kalau dah abis..
  • Ayam memang lembut & cukup masak..
  • Harga?? Memang MURAH & BERPATUTAN...
  • Memang BEST giler!!!
Kalau kita tulis panjang lebar pun belum tentu korang tahu camne rasanya. So, better korang sendiri pergi cuba & rasa. Jangan cakap akak tak payung ek....hehehehehe
Buat pengetahuan korang, NASI AYAM CASPER bukan hanya sediakan Nasi Ayam tetapi menu lain pun ada. Nasi Ayam ni adalah hidangan utama a.k.a killer menu mereka la. Antara menu lain yang ada di sediakan di NASI AYAM CASPER :-












Tak terliur ke? Insya Allah balik ke Kelantan nanti masa Hari Raya Aidiladha, kami akan singgah makan di sini lagi. Bukan senang nak dapat Nasi Ayam yang kena dengan tekak kita ni. Tapi NASI AYAM CASPER ni memang TeRBAIK!!!
Okeylah, kita malas nak cerita panjang lebar lagi. Korang datang sendiri ke NASI AYAM CASPER & rasa sendiri... Kita gerenti korang tidak akan frust & confirm korang sangat-sangat berpuas hati... Insya Allah!


NASI AYAM CASPER
Alamat :-
Lot 524 T/B Lembah Sireh,
15050 Kota Bharu, Kelantan.
(Lot Kedai berdepan dengan Tesco Kota Bharu)

Telefon : 014-509 6298