Saturday 16 December 2017

Sorry...Busy sikit..

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...

Kita minta maaf sangat-sangat. Jarang benar kita dapat update Blog tahun ni. Alhamdulillah tahun yang agak mencabar & busy buat kami. 
Tahun yang penuh dengan undangan perkahwinan dari sepupu & saudara mara kami... Terbina lagi 'masjid' antara Adam & Hawa!!!
Juga Alhamdulillah, keluarga kami akan bertambah lagi ahlinya. Mak Abah akan menerima seorang lagi menantu & 1st menantu dari Kaum Hawa!!
Kalau di ikutkan perancangan awal, kenduri akan di adakan pada tengah bulan 2 tahun 2018. Kenduri pengantin perempuan dah settle pada bulan Ogos lepas! So awal tahun depan turn kenduri di rumah kami pula...

Kami adik beradik bersama Mak Abah masih discuss tentang majlis berkenaan. Masih bergaduh-gaduh manja... So, busy sikit la untuk prepared apa yang patut!
Insya Allah, harap akhir bulan 1/2018 nanti semuanya dah settle, just tunggu harinya sahaja...

Erm...kita harap korang paham la kenapa kita kurang update Blog & kurang online FB & IG...
Tapi sekurang-kurangnya kita cuba juga luangkan masa...hehehehe

Sunday 10 December 2017

Addra Premium Handsock

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Hai guysss... Tetiba pula berjangkit dengan ayat adik bongsu kita. Dia suka sangat dengan ayat "guys" tu, sampaikan abang ipar dia (a.k.a suami kita) dengan sepupu kita pun berjangkit dengan ayat "guys" tu!

Hari ni kita nak share lagi berkaitan dengan koleksi HANDSOCK kita! 

ADDRA PREMIUM HANDSOCK.






Kenapa PREMIUM?
  • Kemasan yang PREMIUM di dalam box khas.
  • Mempunyai dua warna (warna base & warna menarik).
  • Mempunyai hiasan dua button.
  • Material sejuk, kemasan jahitan yang menarik.
  • Simple tetapi gah ADDRA PREMIUM HANDSOCK!


Berminat tak?
Sangat bergaya kan?

WhatsApp/Telegram
011-2427 4941

Monday 13 November 2017

Ainisha Ruffle Handsock

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Kita kembali lagi!!! (^_^)
Kita nak share gambar zoom untuk Ainisha Ruffle Handsock. Kalau korang baca entry sebelum ni, kita ada lancarkan COMBO NOVEMBER.
  • Hanya berharga RM 50.00 sahaja
  • FREE postage fee
  • Terdapat 3 combo yang boleh korang pilih
  • Warna handsock & stokin kaki juga korang boleh pilih!

Ada customer kami yang minta gambar contoh handsock ni di gayakan. So, tanpa membuang masa, kita terus share dengan korang. Di facebook kami ada, di Blog pun ada!


  • Lilit Atas : 40 - 42cm
  • Lilit Bawah : 18cm
  • Panjang : 31cm












Buat pengetahuan korang semua, harga yang di tawarkan oleh SatuMakna4u (supplier kami) adalah sama seperti mana harga kita tawarkan pada korang. Harga itu telah di selaraskan.
Kita adalah agen yang SAH & BERTAULIAH dilantik oleh pihak SatuMakna4u...

So, jangan ragu-ragu untuk order dari kita tau.

WhatsApp / Telegram
011-24274941

Terima kasih sudi singgah di Blog kami..

Saturday 11 November 2017

Combo NOVEMBER

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Kita nak hebahkan pada semua ni..  Kita ada jual Handsock & Stokin viral ni. Untuk bulan bertuah ni (a.k.a bulan lahir kita...hehehehe), kita sediakan COMBO NOVEMBER untuk korang semua shopping sambil berjimat!
Minyak naik, harga barang runcit naik, tapi harga koleksi kami Insya Allah akan terus maintain...




Korang juga boleh pilih warna apa korang berminat. Semuanya ada di gambar kat bawah ni...Korang pilih je...



Yang penting, kena CEPAT & PANTAS!!!!
Dah dapat pilihan hati, terus je WhatsApp/Telegram kita di 011-2427 4941 ...
Kat no mana???

011-2427 4941
WhatsApp/Telegram

Siapa kata wanita muslimah tidak boleh bergaya dengan lebih bersopan & menutup aurat??

Friday 10 November 2017

Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com





Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com bermula dari saat ini, 12.00 tengahari 9 November 2017 sehingga 11.59 malam 16 November 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 13 pemenang bertuah dicari. Hadiah berupa ole-ole fridge magnet dan keychain di SINI.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.comAdd To Circle Google+ Mia LianaLike Fanpage Mialiana.com dan Follow Instagram @mialiana (jika ada)
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 16 November 2017.

Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah manual dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 November 2017.

** support Mia ya.....


Read more: http://www.mialiana.com/2017/11/giveaway-ole-ole-brunei-by-mialianacom.html#ixzz4y2My7NGx

Saturday 4 November 2017

6 Makanan Salah TIming Makan!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Hari ni birthday kita...hehehehehe...
"Selamat Hari Lahir Eira !!!"
(^-^)  (^-^)

Sambutan??
Erm...biasa-biasa je...
Tak boleh nak plan apa-apa sangat. Hanya mengikut perancangan orang lain!
hehehehehe...

Kita nak share benda simple je ni.. Jumpa info ni di dalam Facebook seseorang. Rasanya dah ramai yang share. Tapi takpelah, kita nak share juga

 6 Makanan Yang Kita Makan Pada Waktu Salah Yang Boleh Memudaratkan Kita.


Thursday 2 November 2017

Combat Archery League

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua...

Lama kita tak update Blog ni. Almaklumlah, sejak-sejak bekerja makan gaji ni memang agak terhad sikit masa kita...  Masuk kerja jam 8 pagi, abis kerja jam 5 petang!! Sampai je rumah, start nak kena memasak lak... Abis je makan malam & solat maghrib, kerja-kerja part time pun bermula... Business Online akak...

"So, sesiapa yang nak SHOPPING HANDBAG ONLINE, boleh laju-laju Inbox akak tau... Nak whatsApp pun boleh... "

Untuk entry kali ni, kita nak share dengan korang semua aktiviti & hobi suami kita. Sebenarnya hobi ni dah start dari tahun lepas lagi. Dan nampaknya akan menjadi aktiviti wajib setiap tahun untuk keluarga kami 😁😁😁


Itu die!!! Ayat COMBAT tu sahaja pun dah buat kita cakap " Wow...!!! " Siap dapat medal tau. Memang best & layan habis combat kali ni. Kalau tak salah kita, ini adalah kali ke 3...! Yang 1st tu suami kita tak join. Yang 2nd time, team suami kita JUARA...
Untuk kali ni???
Tengok lah dulu gambar-gambar ni...





Itu je sempat kita ambik gambar masa berlangsungnya combat kali ni. Yang lain kita dah bangun duduk bangun duduk sebab semangat bersorak untuk team suami kita ngan team yang kita nak sorak lah..hehehehe



COMBAT ARCHERY LEAGUE 2017 kali ni berlangsung di SPORT GRAND KAMPAR COMPLEX. Start jam 10 pagi & selesai jam 6 petang! 
Team suami kita dapat NAIB JUARA!!! Alhamdulillah
Memang happening giler...
Seronok sangat-sangat!!!

Dengar-dengar khabar, next combat nak buat kat Pangkor...hehehehe...
Insya Allah kita turun bagi sokongan...
Team suami kita pun join!!!

Ada sesiapa yang berminat nak join ke?
Team Lelaki & Wanita di galakkan...
Insya Allah dah confirm next combat nanti, kita sebarkan dalam Blog kita ni ek..

Tuesday 18 July 2017

Kek Puding Gula Hangus

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Hari ni kita dapat jumpa lagi di ruangan Blog ni. Maaflah, kita takde masa sangat nak selalu update Blog macam dulu. Tanggungjawab bertambah. Ada perkara lain perlu di dahulukan.
 

Kalau korang selalu follow FB kita ( https://www.facebook.com/munirah.mustafar ), ada beberapa hari lepas kita ada update tentang KEK PUDING GULA HANGUS simple yang kita buat sendiri ualllssss...!!! Ramai yang minta resipi, termasuklah Emak kesayangan kita tau!!! So, hari ni kita nak share dengan korang... Di harap dapat membantu...


 

Ini gambar dari FB kita https://www.facebook.com/munirah.mustafar
 

Resipi kita simple je tau...
 

(A) Karamel/Gula Hangus
  • Gula dalam 3 sudu kot... Kita letak je dalam acuan kita then letak atas dapur.
  • Depend pada korang la nak banyak mana. Tapi kalau boleh elakkan terlalu manis.
  • Korang control api & jangan hangus sangat gula tu sebab nanti pahit pula. Tak sedap!!
  • Ala-ala keperangan sikit, then tutup api. Pastikan gula tu meliputi (chewahhh!!!) setiap ruang acuan.

(B) Puding.
  • Susu cair/Susu Segar (biasanya kita ambik 1 tin terus, dalam 400ml) + 2 @ 3 biji telur + 2 @ 3 sudu gula + esen vanila sikit.
  • Semua bahan atas tu, korang masukkan dalam Blender then blend...
  • Then, korang boleh tuang dalam adunan yang ada gula hangus tadi. Tapi pastikan korang tapis dulu tau. 

(C) Kek Span.
  • 2 biji telur (asingkan telur putih & telur kuning)
  • Korang pukul telur putih + 30g gula hingga betul-betul kembang.
  • Pukul dalam bekas berasingan telur kuning + 30g gula hingga kembang.
  • Then campurkan dua adunan telur tu dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  • Masukkan mentega (dicairkan terlebih dahulu) & kacau
  • Masukkan tepung gandum (70gram) & kacau
  • Then korang bahagikan aduanan ikut berapa warna korang nak buat.
  • Settle warnakan adunan, then korang just tuangkan selang seli dalam adunan puding tu.
  • Adunan kek akan terapung di atas adunan puding tadi. So, korang tak perlu risau!
  • Lastly, korang kukus lah hingga masak... Settle!!!







Tada...!!!!! Jadilah...
Oklah, boleh cuba tau... Senang je kan??
Insya Allah kita jumpa di entry akan datang pula...
Kalau korang pun ada resipi simple, share-share la dengan kita...

Friday 19 May 2017

Cara mudah HAFAL SIFIR!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Zaman hafal sifir time sekolah dulu memang agak mencabar la. Kita pun pernah kena denda berdiri atas kerusi sebabnya lambat jawab sifir...hehehehe... Tapi bagus juga cara cikgu denda tu sebabnya lepas itu kepala ni ligat je bila di tanya pasal sifir (sekarang start tercungap-cungap balik!)

Sebenarnya kita ada tips/formula cara mudah HAFAL SIFIR. Kita jumpa di Facebook! Dah save siap-siap tapi lupa pulak dari sumber facebook siapa kita ambik. Mohon empunya facebook halalkan ek...

Pada korang yang nak ajar anak-anak atau adik-adik korang, boleh try cara ni.

Caranya :-
1 - tulis angka warna BIRU dulu
2 - kemudian tulis angka warna MERAH
(sesetengah sifir guna angka warna merah dulu sebab ikut patern susunan nombor)










Bijak kan?
Benda yang baik perlu di kongsi bersama! Chewahhhh...
Anyway, terima kasih sudi baca entry kita pada hari ini...

Monday 1 May 2017

Selamat Hari PEKERJA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...


Kami team MyNewBlogger mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua...
Semoga kita sentiasa di lindungi olehNya, dikurniakan sumber rezeki yang diberkati & dimuliakan... Insya Allah...
Amin...

** Kami tetap bekerja walaupun di hari PEKERJA... OFFER handbag, baju muslimah semua sedang on going!