Monday 27 February 2017

10 Salah Faham Pindaan RUU Akta 355

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, kita di beri kesempatan untuk update Blog pada malam ni. Sebenarnya kita nak goreng keropok keping untuk di hantar ke kedai esok pagi. Almaklumlah, bukan senang nak senang... Walaupun kami suami isteri ada kerja tetap namun kerja tambahan ni pun tetap jalan... Boleh back-up kalau ada waktu yang kami memerlukan duit. So, tak menyusahkan orang lain... Iye ke idok??? 
Kita ada baca dalam FB Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkaitan denga 10 SALAH FAHAM PINDAAN RUU AKTA 355 ni... so kita terpanggil la untuk share juga apa yang kita baca... Moga memberi manfaat kepada kita semua... Amin...











Korang juga boleh refer terus ke FB MyJakimMalaysia
Banyak info yang menarik & berguna dalam tu...

Thanks sudi baca entry kita kali ni...

Saturday 25 February 2017

Apa itu TEKANAN DARAH TINGGI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Kita sebenarnya tengah rushing, ada kerja luar sikit. Tapi bila dok jenguk-jenguk FB jap then terbaca post dari Parent kita. So, just nak share dengan korang sikit berkaitan dengan Tekanan Darah Tinggi ni..
Moga-moga ada manfaat untuk semua...


Wednesday 15 February 2017

Bayar PTPTN melalui JomPay

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Apa khabar semua sahabat Blogger kita? Alhamdulillah kita masih di beri kekuatan & kudrat serta peluang untuk meneruskan saki baki hidup kita. Untuk kita lebih menghargai serta menghambakan diri kita kepadaNya...

Tempoh hari kita ada share tentang luahan perasaan kita berkaitan PTPTN kan? So, hari ni kita just nak share (sambil-sambil save) step untuk membuat bayaran PTPTN melalui JomPay. Semoga bayaran kita tiap-tiap bulan ni, cepat, tulus serta mulus update dalam sistem PTPTN..! Janganlah kita dah bayar 27hb tapi masuk 1hb still belum update!!! Itu namanya memang agak melampau lah kan..

Dah la, malas kita nak taip panjang-panjang. Ni step yang PTPTN keluarkan sendiri. Kita copy paste & share ngan korang semua...





Ini sahaja stepnya. Semua copy paste dari laman web PTPTN..

Semoga dapat membantu korang semua juga bagi melangsaikan hutang dengan PTPTN ni...
Insya Allah, kita jumpa pada entry akan datang pula...

Saturday 11 February 2017

Alahai PTPTN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Ada yang rindukan kita tak? Lama giler tak update Blog.
Kita busy dengan kerja-kerja harian dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Then sambung pula mengadap kerja-kerja part time! Maklumlah, kos sara hidup sekarang semakin hari semakin rumit dan melambung harganya. Nak tak nak, terpaksa lakukan 2,3 kerja dalam satu masa.

Kita ni peminjam & pembayar tegar PTPTN... Alhamdulillah dipermudahkan rezeki untuk membayar setiap bulan kepada PTPTN walaupun bukan mengikut amount yang di tetapkan. Maklumlah, gaji kita tak besar mana. Tolak belanjawan lain, bil-bil, berapa sangatlah tinggal untuk survive hingga gaji akan datang!

Petang tadi, scroll Facebook then terbaca pengumuman dari PTPTN ni.


Actually, kita kecewa bila PTPTN umumkan perkara tu. Sebabnya kita memang tiap bulan singgah di kaunter PTPTN untuk bayar pinjaman kita. Rasa lebih selamat & kita yakin bayaran kita tu akan terus update dalam sistem PTPTN.

Tapi bila jadi macam ni, kita rasa... entahlah...geram ada...sakit hati pun ada...

Kalau bayar kat kaunter bank lain, confirm ada caj bank tu. Memang la just 53sen, RM1.06 je tapi bagi kami yang berpendapatan rendah ni, itu tetap duit yang still boleh kami selit-selit untuk bayar bil-bil lain juga...


Nak bayar melalui jompay.com.my (PTPTN inform tiada caj di kenakan) tapi ramai pula complain bayaran tu lambat update! Risiko kepada kita si peminjam ni. Nanti kita di katakan lambat bayar atau tak bayar pula... Yang buruknya tetap nama kita juga...huhuhuhu...

Semakin hari semakin complicated sistem negara kita ni...

Itu je yang kami nak luahkan pada entry kali ni. Pada yang sependapatan dengan kita, jom pakat kental kan diri... Tapi bagi yang tak sependapatan dengan kita, terima kasih kerana sudi juga baca entry kita kali ni...

Insya Allah, kita jumpa pada entry akan datang...
Sama-sama kita doakan yang terbaik...

#tetapkenabayarptptn
#apanakbuat
#takpinjamsusahdahpinjampunsusah