Saturday 11 February 2017

Alahai PTPTN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Ada yang rindukan kita tak? Lama giler tak update Blog.
Kita busy dengan kerja-kerja harian dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Then sambung pula mengadap kerja-kerja part time! Maklumlah, kos sara hidup sekarang semakin hari semakin rumit dan melambung harganya. Nak tak nak, terpaksa lakukan 2,3 kerja dalam satu masa.

Kita ni peminjam & pembayar tegar PTPTN... Alhamdulillah dipermudahkan rezeki untuk membayar setiap bulan kepada PTPTN walaupun bukan mengikut amount yang di tetapkan. Maklumlah, gaji kita tak besar mana. Tolak belanjawan lain, bil-bil, berapa sangatlah tinggal untuk survive hingga gaji akan datang!

Petang tadi, scroll Facebook then terbaca pengumuman dari PTPTN ni.


Actually, kita kecewa bila PTPTN umumkan perkara tu. Sebabnya kita memang tiap bulan singgah di kaunter PTPTN untuk bayar pinjaman kita. Rasa lebih selamat & kita yakin bayaran kita tu akan terus update dalam sistem PTPTN.

Tapi bila jadi macam ni, kita rasa... entahlah...geram ada...sakit hati pun ada...

Kalau bayar kat kaunter bank lain, confirm ada caj bank tu. Memang la just 53sen, RM1.06 je tapi bagi kami yang berpendapatan rendah ni, itu tetap duit yang still boleh kami selit-selit untuk bayar bil-bil lain juga...


Nak bayar melalui jompay.com.my (PTPTN inform tiada caj di kenakan) tapi ramai pula complain bayaran tu lambat update! Risiko kepada kita si peminjam ni. Nanti kita di katakan lambat bayar atau tak bayar pula... Yang buruknya tetap nama kita juga...huhuhuhu...

Semakin hari semakin complicated sistem negara kita ni...

Itu je yang kami nak luahkan pada entry kali ni. Pada yang sependapatan dengan kita, jom pakat kental kan diri... Tapi bagi yang tak sependapatan dengan kita, terima kasih kerana sudi juga baca entry kita kali ni...

Insya Allah, kita jumpa pada entry akan datang...
Sama-sama kita doakan yang terbaik...

#tetapkenabayarptptn
#apanakbuat
#takpinjamsusahdahpinjampunsusah

4 comments:

  1. kiranya, lepas niih dah tak boleh bayar tunai ke di kaunter ?

    penghutang PTPTN .. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeap...dah xboleh bayar tunai kat kaunter PTPTN...kalau bank lain, boleh bayar tunai tapi ada caj la...

      Delete
  2. Staf ramai kat kaunter tapi xboleh terima bayaran..staf tu buat keje ape ek? Nak kata permohonan, jarang-jarang le tgk orang buat permohonan..yg banyak dtg pasal nak bayar..erm..banyak yg menyusahkan dari memudahkan...sabor je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal...kita ni punyalah usaha datang kat pejabat ptptn sbb nak bayar cash! kalau boleh nak elak caj2 tu...tapi boleh plak PTPTN buat camni...sedih!

      Delete

Terima kasih sudi komen di sini...
Insya Allah sepantasnya kita Blogwalking ke Blog awk pula...
Thanks a lot!