Saturday 16 December 2017

Sorry...Busy sikit..

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...

Kita minta maaf sangat-sangat. Jarang benar kita dapat update Blog tahun ni. Alhamdulillah tahun yang agak mencabar & busy buat kami. 
Tahun yang penuh dengan undangan perkahwinan dari sepupu & saudara mara kami... Terbina lagi 'masjid' antara Adam & Hawa!!!
Juga Alhamdulillah, keluarga kami akan bertambah lagi ahlinya. Mak Abah akan menerima seorang lagi menantu & 1st menantu dari Kaum Hawa!!
Kalau di ikutkan perancangan awal, kenduri akan di adakan pada tengah bulan 2 tahun 2018. Kenduri pengantin perempuan dah settle pada bulan Ogos lepas! So awal tahun depan turn kenduri di rumah kami pula...

Kami adik beradik bersama Mak Abah masih discuss tentang majlis berkenaan. Masih bergaduh-gaduh manja... So, busy sikit la untuk prepared apa yang patut!
Insya Allah, harap akhir bulan 1/2018 nanti semuanya dah settle, just tunggu harinya sahaja...

Erm...kita harap korang paham la kenapa kita kurang update Blog & kurang online FB & IG...
Tapi sekurang-kurangnya kita cuba juga luangkan masa...hehehehe

Sunday 10 December 2017

Addra Premium Handsock

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Hai guysss... Tetiba pula berjangkit dengan ayat adik bongsu kita. Dia suka sangat dengan ayat "guys" tu, sampaikan abang ipar dia (a.k.a suami kita) dengan sepupu kita pun berjangkit dengan ayat "guys" tu!

Hari ni kita nak share lagi berkaitan dengan koleksi HANDSOCK kita! 

ADDRA PREMIUM HANDSOCK.






Kenapa PREMIUM?
  • Kemasan yang PREMIUM di dalam box khas.
  • Mempunyai dua warna (warna base & warna menarik).
  • Mempunyai hiasan dua button.
  • Material sejuk, kemasan jahitan yang menarik.
  • Simple tetapi gah ADDRA PREMIUM HANDSOCK!


Berminat tak?
Sangat bergaya kan?

WhatsApp/Telegram
011-2427 4941