Saturday 3 March 2018

Apa pendapat korang?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Malam ni kita nak share something sambil-sambil nak minta pandangan korang sekali. Sebenarnya kita dah banyak kali dapat statement ni. Kadang kala kita buat dekkkk je tapi bila dah kerap sangat di utarakan pada kita, so satu perasaan meluat dan menyampah muncul lak... Bosan!!!

Statement tu berbunyi lebih kurang macam ni :-

"Untunglah suami isteri bekerja. Kalau campur dua-dua gaji, confirm berlambak gaji tu. Agaknya just guna gaji suami je untuk belanja, gaji isteri sampai sekarang tak guna.. Lainkan macam kami yang hanya suami bekerja, dapat gaji pun tak cukup! Nak beli barang pun kena berkira-kira. Nak berjalan-jalan apatah lagi. Itu belum nak buat saving lagi..."

Sebelum kita share jawapan dan pendapat kita, sudilah sekiranya sahabat semua utarakan pendapat korang juga. 
Insya Allah, entry akan datang kita akan share jawapan dan pendapat kita. Dah siap taip dah, simpan dalam draf. Tunggu nak publish je...

10 comments:

  1. cakap lah balik dengan gaya makcik bawang : "Dah kau tahu tak cukup...kau kerja lah tolong laki kau bedah oit!!!"
    hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang keluarkan statement ni lelaki...boleh bagi gak ayat tu tapi nak kena tukar skit...hehehehe..
      terima kasih atas idea & pendapat tuan..

      Delete
    2. ohhh lelaki ker
      kalau macam tu boleh jer cakap
      "dah tahu tak cukup....suruh lah bini kau meniaga online ker apa ker...kalau dia tak nak..hadap jer lah...sapa suruh gatai sangat nak menikah!"
      hahaha..lepas tu terus perang besar
      hahaha

      Delete
    3. hehehehe...memang akan jadi perang la...hehehehe...buat masa skrg ni jawab gitu2 je, senyum2 je...tapi kalau bunyi lagi lepas ni, maybe mulut kita ni berdesup je jawab kot...sebab dah bosan giler dah

      Delete
    4. hahaha
      cakap jer tiada ada yang mengubah nasib seseorang melainkan diri sendiri

      Delete
    5. Kan...itu ayat yang paling win! kalau tak paham gak, pandai-pandai la die urusan hidup dia sendiri

      Delete
  2. Kalau lelaki yang keluarkan statement tu, maknanya dia menyesal berkahwin dengan perempuan yang tak berkerja.. Zaman sekarang ini, semua orang terpaksa berkorban.. Ada yang suami isteri kena kerja, ada je yang salah seorang je yang berkerja.. Terpulang dengan cara hidup dan macam mana perbelanjaan duit diuruskan.. Yang paling penting kena ada sepakat, kerjasama dan juga redha serta bersyukur.. Yang sempit akan jadi lapang.. Yang susah akan jadi senang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju... mmg lelaki pun yang keluarkan statement tu..huhuhuhu...
      dl saya tak bekerja pun, saya usaha sendiri jual kuih utk support belanjawan kami...bukannya nak bangga diri tapi just share pengalaman hidup kita. bila kita tak bekerja dulu orang mengata, bila bekerja pun jadi bahan kata-kata orang...ada je yang tak kena

      Delete

Terima kasih sudi komen di sini...
Insya Allah sepantasnya kita Blogwalking ke Blog awk pula...
Thanks a lot!